Simposium “Qalbun Saleem”: Dosa Semalam, Iman Hari Ini, Syurga Esok
Butiran Acara
| Item | Maklumat |
|---|---|
| Program | Simposium “Qalbun Saleem”: Dosa Semalam, Iman Hari Ini, Syurga Esok |
| Venue | Auditorium Masjid Sultan |
| Date | Ahad, 16 Nov 2025 |
| Time | 10:00 – 16:00 |
Panelis
- Ust. Mazri Masripan (Pengarah, Tulab Education)
- Ust. Md Nazree Md Wahid (Pensyarah Bebas)
- Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Malaysia)
Sinopsis
Dalam Al-Quran, hati yang saleem (qalbun saleem) memiliki makna yang sangat penting dan mendalam. Menurut Al-Quran, hati yang saleem ialah hati yang bersih, sihat, bebas daripada syirik dan dosa, serta sentiasa dalam keadaan iman dan taqwa kepada Allah. Hati seperti ini menjadi pusat keimanan dan penghambaan yang tulus, sehingga memperoleh keberkatan dan keselamatan.
Simposium ini membahas perjalanan kerohanian seorang individu dari masa lalu yang penuh dosa, kepada hari ini yang dipenuhi iman dan taqwa, serta harapan akan ganjaran Syurga Allah pada masa hadapan. Melalui perkongsian dan perbincangan, peserta diajak untuk:
- Merenung dan memperbaiki diri.
- Memperkukuh keimanan sebagai jalan menuju keberkatan yang abadi.
- Menegaskan pentingnya memohon keampunan, memperbaharui iman, dan menanam harapan terhadap rahmat Allah sebagai motivasi dalam kehidupan beragama.
- Memahami maksud sebenar firman Allah “Kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang Saleem”.
Objektif
Dua ciri penting untuk difahami oleh para peserta:
1) Berpegang Teguh (Religiously Resilient)
Hati yang saleem mencerminkan iman yang kuat dan hati yang sentiasa mengingati Allah.
“Kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang saleem (selamat dari syirik).”
— Surah Asy-Syu‘ara (26:89)
2) Menyumbang (Contributive)
“Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging; apabila baik, maka seluruh tubuh akan baik; dan apabila rosak, maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah, itulah hati.”
— Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Hadis ini menegaskan bahawa hati adalah pusat kebaikan dan keimanan. Hati yang saleem—terpelihara daripada dosa dan penyakit hati—mendorong seseorang untuk menyumbang kepada keharmonian sosial dalam masyarakat serta kedamaian alam dan para penghuninya.
Topik & Aliran Panel
Tema: “Qalbun Saleem”: Dosa Semalam, Iman Hari Ini, Syurga Esok
- Panelis 1 — Dosa Semalam
Mengenal penyakit hati yang dapat merosakkan keimanan, menghalangi amal ibadah, dan menyebabkan pelbagai masalah dalam kehidupan dunia. - Panelis 2 — Iman Hari Ini
Mengenal cara untuk menjaga hati dan membersihkannya daripada penyakit hati. - Panelis 3 — Syurga Esok
Memahami kepentingan hati yang suci sebagai bekalan di Akhirat untuk berdiri di hadapan Allah dan meraih keredaan-Nya.


