Pra Diploma Tasawwur Islam

Uncategorized

About Course

Sinopsis: Modul ini bertujuan untuk memberi pandangan yang komprehensif tentang Islam yang mencakupi aspek ketuhanan, kerasulan, al-Quran, al-hadis, kerohanian, syariah, kekeluargaan, kemasyarakatan dan ekonomi sebagai satu entiti yang bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Ianya dapat membantu untuk membentuk pemikiran yang sesuai bagi setiap zaman, keadaan dan tempat.

Melalui modul ini, kita telah mendalami tiga tonggak utama yang membentuk jati diri mukmin:

  1. Islam sebagai Al-Din: Satu-satunya cara hidup yang syamil (lengkap) dan kamil (sempurna), merangkumi aspek akidah, syariah, dan akhlak.
  2. Ciri-ciri Keistimewaan Islam: Memahami prinsip Rabbaniyyah (ketuhanan), Thabat wa Murunah (tetap dan anjal), Waqi’iyyah (realistik), Alamihiyyah (universal), dan Tawazun (seimbang).
  3. Sistem Muamalat, Perundangan, dan Islam Kontemporari: Bagaimana Islam memberikan solusi  terhadap isu-isu sosial, ekonomi, dan cabaran global masa kini.

Course Content

Sesi 1 (4 Jul) Erti Tasawwur Islam dan Hakikat Manusia
Definisi Tasawwur, Islam, Iman, dan Ihsan. Perbezaan antara konsep "Agama" (religion) mengikut barat dengan "Al-Din". Skop Islam: Hubungan manusia dengan Pencipta (Hablumminallah) dan hubungan dengan sesama makhluk (Hablumminannas). Hakikat manusia Asal proses kejadian manusia Tujuan penciptaan alam dan makhluk

  • Slide Sesi 1
    02:35:21

Sesi 2 (11 Jul) Konsep Ilmu
Ilmu pengetahuan Kewajipan menuntut ilmu Asas dan matlamat pendidikan Islam Kelebihan ilmu dan Ulama

Sesi 3 (18 Jul) Fitrah Agama
Fitrah beragama Agama wahyu Sumber agama wahyu Agama budaya

Sesi 4 (25 Jul) Perutusan Rasul
Perutusan Rasul Pengetian rasul dan nabi Peranan rasul Pengorbanan para rasul Tanda kasih kepada rasul

Sesi 5 (1 Aug) Peranan Wahyu
Peranan Wahyu Peranan akal Al-Quran panduan hidup

Sesi 6 (8 Aug) Ibadat & Syariat
Ibadat dan syariat Bidang syariat Sumber syariat Islam Ciri-ciri dan konsep Syariat Islam

Sesi 7 (15 Aug)
Kepentingan As-Sunnah Peranan as-Sunnah Penghayatan as-Sunnah Jenis-jenis As-Sunnah

Sesi 8 (22 Aug)
Pembentukan masyarakat di zaman Rasulullah Perlembagaan Madinah Ciri-ciri pemimpin Ciri-ciri masyarakat majmuk

Sesi 9 (29 Aug)
Rabbaniyyah (Ketuhanan) & Thabat wa Murunah (Tetap & Anjal) Rabbaniyyah: Islam bersumberkan wahyu Allah, bukan ciptaan manusia. Thabat wa Murunah: Membezakan perkara yang tetap (perkara asas/prinsip akidah) dengan perkara yang boleh berubah mengikut kesesuaian zaman dan tempat (teknikal/aplikasi fiqh).

Sesi 10 (5 Sep)
Waqiiyyah (Realistik) & Alamiyyah (Universal) Syumuliyyah (Lengkap) & Wasatiyyah (Sederhana/Seimbang) Waqiiyyah: Islam mengambil kira realiti kehidupan, kemampuan, dan kelemahan sifat manusia. Alamiyyah: Islam sesuai untuk semua bangsa, geografi, zaman, dan latar belakang budaya. Syumuliyyah: Merangkumi segenap aspek kehidupan (akidah, ibadah, akhlak, siyasah/politik, muamalah/ekonomi). Wasatiyyah: Pendekatan yang adil, seimbang, dan menolak ekstremisme.

Sesi 11 (19 Sep)
Ekonomi dan pengurusan harta Pembentukan keluarga dan akhlak

Sesi 12 (26 Sep)
Ulang Kaji

Want to receive push notifications for all major on-site activities?