Simposium ”Ahsanu Taqwim” : Menjadi Versi Terbaik Diri (The Best Version of You)

Event Details
Simposium ”Ahsanu Taqwim” : Menjadi Versi Terbaik Diri (The Best Version of You)
Butiran Acara
| Item | Maklumat |
|---|---|
| Program | Simposium ”Ahsanu Taqwim” : Menjadi Versi Terbaik Diri (The Best Version of You) |
| Venue | Auditorium Masjid Sultan |
| Date | Sabtu, 14 Nov 2026 |
| Time | 2:00pm – 7:00pm |
Panelis
- Ust. Mazri Masripan (Pengarah, Tulab Education)
- Ust. Nor Razak Bin Bakar (Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB))
- Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Rektor Universiti Islam Selangor (UIS))
Sinopsis
Setiap manusia diciptakan oleh Pencipta dalam bentuk yang paling indah, sempurna, dan sebaik-baik kejadian (Ahsanu Taqwim). Namun, cabaran kehidupan moden sering kali mengaburkan potensi sebenar dan matlamat diri.
Simposium Ahsanu Taqwim: Menjadi Versi Terbaik Diri (The Best Version of You) hadir sebagai platform transformatif untuk membimbing individu membina semula jati diri.
Program ini menggabungkan pengisian rohani, refleksi psikologi, dan strategi pembangunan diri. Para peserta akan dibawa meneroka potensi minda, fizikal, dan jiwa bagi mencapai keseimbangan hidup. Melalui kupasan daripada ahli panel, simposium ini bakal menyuntik inspirasi untuk:
Memahami erti sebenar penciptaan diri yang sempurna.
Mengatasi Sifat ragu-ragu dan halangan mental.
Membina Tabiat positif demi kejayaan dunia dan akhirat.
Mentransformasikan diri menjadi modal insan yang memberi impak kepada masyarakat.
Objektif
Dua ciri penting untuk difahami oleh para peserta:
1) Berpegang Teguh (Religiously Resilient)
Sifat ini merujuk kepada keupayaan mengekalkan pegangan agama, nilai moral, dan prinsip akidah dalam apa jua situasi dan cabaran.
Menanam kefahaman bahawa paksi utama “sebaik-baik kejadian” adalah hubungan dengan Pencipta. Resiliensi beragama bermula dengan akidah yang kukuh, faham tujuan hidup, dan tidak mudah goyang dengan duga falsafah moden.
2) Menyumbang (Contributive)
Sifat ini merujuk kepada keinginan dan tindakan untuk memberi manfaat, berkongsi kebaikan, dan meninggalkan impak positif kepada orang lain serta persekitaran.
Menyedarkan manusia bahawa kesempurnaan ciptaan mereka bukan untuk kepentingan diri sendiri. Manusia terbaik adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain
Topik & Aliran Panel
Tema: ”Ahsanu Taqwim” : Menjadi Versi Terbaik DiriSyurga Esok
- Panelis 1 — Siapa Aku di Sisi Allah?
Mengenali Ahsanu Taqwim Melalui Surah At-Tin - Panelis 2 — Mengapa Sukar Menjadi Versi Terbaik Diri?
Mengatasi Toxic Mindset, Trauma & Bisikan Nafsu - Panelis 3 — Hidup yang Dikenang, Pergi yang Dirindui
Membina Legasi Seorang Mukmin. Menghayati maksud pemergian yang dirindui, di mana pengakhiran hidup disambut dengan keredhaan Allah SWT dan ingatan mesra sesama manusia.
