Tulab Services

Tulab Services: Perkhidmatan Untuk Masyarakat

Di Tulab, komitmen kami melangkaui pendidikan. Kami dengan penuh semangat mendorong usaha kemanusiaan, menyediakan bantuan kepada yang memerlukan dan memperjuangkan usaha kebajikan.

Perkhidmatan Tulab melibatkan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang tidak hanya memenuhi keperluan rohani semata tetapi juga memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sejak tahun 2020, Tulab menawarkan perkhidmatan untuk ibadah Qurban di Zimbabwe dan Myanmar. Pakej Umrah bersama pengasas Tulab Education & Services Ustaz Mazri Masripan. Dengan bimbingannya, Ibadah Umrah dipenuhi dengan pengisian ilmiah dan tarbiah dari awal hingga akhir. Pakej Umrah dan Ibadah Qurban ini dilakukan dengan kerjasama Syukran Travel dan Syukran International.

Selain itu, Tulab Services juga menjalankan kempen pengumpulan dana untuk menyokong program khasnya iftar Ramadan dan Wakaf pembinaan masjid dan rumah  anak yatim di ZImbabwe.

Misi bantuan kemanusiaan ini adalah kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan kemanusiaan tempatan di Zimbabwe iaitu Gara Warima Waqf Foundation.

 

Perkhidmatan kami

Sumbangan Iftar di Zimbabwe

Pakej Umrah Bersama Ust Mazri Masripan

Qurban di Zimbabwe

Infaq Makanan Asasi di Zimbabwe

Qurban di Myanmar

Aqiqah di Zimbabwe